Urusan ke Nihon bermula seawal tiga bulan. Maklum sahajalah, mama seorang penjawat awam.
Urusan Dokumen
Cuti tanpa gaji mengikut pasanganUntuk permohonan mengikut pasangan, haruslah mengambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan berdasarkan pekeliling 2009. Jangan samakan dengan cuti tanpa gaji atas sebab peribadi atau menyusu/menjaga anak ya, kerana tempoh maksima untuk setiap tujuan berbeza-beza.
Untuk cuti tanpa gaji ikut pasangan, tempoh maksimum 3 tahun dan dipohon 3bulan sebelum tarikh cuti bermula.
PasportUntuk urusan pembaharuan dan pengeluaran pasport, kami mengalami insiden "TIPAH TERTIPU"
Dek kerana taksubkan pakcik GOOGLE, kami membuta tuli ke Putrajaya untuk urusan pasport di hari minggu. Rupa-rupanya dah lama juga kaunter immigresen di putrajaya tidak beroperasi di hari minggu.
Kami bergegas ke UTC sentul. Di sana, urusan menjadi perlahan kerana rupa IC mama yang buruk akibat dikupas muaz.
Pegawai di kaunter pertama telah menolak IC mama dan meminta pembaharuan IC dilakukan.padahal masa itu, IC baru sudah dipohon di muar, cuma belum siap sahaja.
***Masa inilah baru tahu kepentingan IC sementara. Sekiranya IC anda semua terlalu buruk atau rosak, pastikan anda memohon IC sementara, mana tahu kan perlu berurusan di immigresen yang TEGAS macam mama ni, sila minta ic sementara dari pejabat pendaftaran kerana sesetengah pejabat pendaftaran tidak akan mengeluarkan IC sementara jika tidak diminta**
Kami agak terdesak untuk siapkan pasport pada minggu itu juga.tapi immigresen tidak mahu terima IC mama yang buruk dan pejabat pendaftaran di UTC sentul tidak dapat keluarkan IC sementara kerana IC sudah siap dicetak, cuma belum keluar kilang katanya.
Nasib baik abah 'brilliant' .letak IC mama dalam sampul plastik IC (dan nasib baiklah bukan pegawai yang sama di kaunter pertama-kaunter pemeriksaan dokumen)
Alhamdulillah, lepas satu kaunter.
Cabaran seterusnya, nak pastikan anak-anak memberi kerjasama yang baik sewaktu bergambar. Aduh, tengok sahajalah gambar muka nak nangis tu! Nasib baik gambar pasport latar putih untuk C.O.E. tu comel!
C.O.E.Untuk urusan menjadi nihon resident, untunglah HR tempat kerja suami uruskan. Cuma permohonan anak isteri ke immigresen japan boleh dipohon setelah suami tiba di nihon.
(Abah pergi dahulu, mama dan aulad tinggal dulu..)
Pengalaman kami, urusan mendapatkan C.O.E. - Certificate of Eligibility mengambil masa 2bulan lebih..
Pentingkah apply COE ni? COE ini akan digunakan semasa di Immigresen di Kansai Airport.
Ada kaunter berbeza untuk visitors dan juga PR. Dokumen COE yang telah diluluskan oleh immigresen jepun akan melayakkan kita memperoleh kad PR Jepun.
Pergi dulu baru apply? Maaf.tak tahu boleh atau tidak. Jaga-jaga, belum pun melangkah keluar dari Kansai Airport, akan ada mata-mata (polis berpakaian biasa) yang akan menyoal siasat sampai lebam!


No comments:
Post a Comment