Monday 28 November 2016

Antenatal Check Up di Ikeda, Osaka, JAPAN

Lamanya mama triple A ni nak update blog.
Triple A?
4 bulan senyap disebabkan keadaan huru-hara sebab mama dan abah haru biru mengharungi fasa first trimester baby AE. Diikuti dengan struggle mama untuk back to routine mengasuh dua amanah Allah  dalam merealisasikan  program play&learn homeschooling.

Alhamdulillah. 1 Nihon baby in progress. InsyaAllah. Doakan ya.

First check usg di matsuzaki klinik


Entry kali ini berkenaan antenatal check up di Nihon.
Sebaik sahaja mama start to have signs of hyperosmia dan mula mengalami simptoms seperti nausea dan vomitting (happened in early may), mama sangat-sangat yakin there is another baby A. (Please jangan tanya berkenaan LMP kerana mama AAA ni memang amenorrhea disebabkan breastfeeding)
Urine Pregnancy Kit Test mudah diperolehi di farmasi.  My favourite and trusted brand : Clear Blue boleh didapati dengan harga : Satu pada harga 700¥. 2 pada pada harga 1100¥.
*of course mama bought 2pcs.nak jimat katanya* Padahal takut error..hahahahah...

The official registration was made a bit late. Kami menunggu urusan peperiksaan abah settled. By end of June, kami menuju ke Matsuzaki Women Clinic for confirmation. Sejurus heart beat dikesan, kami dinasihatkan untuk mendaftar di Child Health department di Ikeda  Health department bagi mendapatkan kupon dan juga buku antenatal+kid (Boshi Techou).
Buku biru tu namanya Boshi Techou..di belakang buku adalah kupon untuk check up dan lain-lain brochure nihongo yang mama pun tak faham...hihi..owh, nampak tak key chain comel tu, letak kat handbag untuk melayakkan diri duduk di priority seat dalam train..ok..

 Kupon yang diberikan ada yang berjumlah 8000¥ atau 6000¥.. kadang-kadang kena tambah bayar, kadang-kadang tidak perlu..bergantung pada pemeriksaan atau ujian  yang dijalankan.

Close up buku prenatal+postnatal+baby book

Boshi Techou.kupon.kad hijau- kad appointment matsuzaki clinic-kad kuning-kad insurans-kad putihbiru-kad registration di hospital Ikeda



Apa yang membezakan antenatal check up di sini dan Malaysia adalah, TVS dilakukan setiap appointment! hahahahaha... tiada air gula untuk diminum dan pemeriksaan yang rutin setiap kali appointment adalah:

-Urinalysis
- berat
- tekanan darah (ambil sendiri)
- TVS (they measure the thickness of the cervix)
- Fundal height measurement dan
- 2D Ultrasound

Pengambilan sampel darah diambil di 1st appointment dan juga di 2nd last appointment (result diperoleh sewaktu last appointment) dan juga beberapa ujian yang lain seperti di Malaysia dan juga yang lain-lain tiada di Malaysia seperti:
- Cervical Cancer Screening
- Lukemia

List of antenatal blood & specimen screening test.mama yang belum pernah buat pap smear akhirnya buat juga cervical cancer test di Japan..




Juga  agak luarbiasa bagi ibu yang telah beranak dua kali ini, untuk melakukan Non Stress CTG monitoring tanpa ada tanda-tanda labour. Sewaktu appointment terakhir di Matsuzaki Clinic, mama mengambil masa selama 30minit untuk CTG monitoring. Tujuan? Mama pun kurang pasti, cuma doctor explain:

- Fetal Heart rate is good
- No contraction
- Daijoubou!
(Maybe untuk kesan ada contraction atau tidak...itu sahaja ---- anggapan mama la. Doctors... any comment? Misi tak tahu la..maklumla..misi ni takde midwife course pun)

Ini adalah non stress CTG di appointment terakhir di Matsuzaki clinic

  
Ketika di awal pertemuan, kami bercadang urusan kelahiran akan dilakukan di Malaysia TETAPI sebaik sahaja perkhabaran abah melanjutkan lagi perkhidmatan di Jepun, maka perancangan bertukar dan kami memilih untuk melahirkan  adik aunimuaz di Jepun. maka bermulalah episod rujukan ke Ikeda City Hospital bagi delivery booking.

Masalah utama yang dialami adalah bahasa. suami tidak fasih berbahasa Jepun. Isterinya lagila, Maka kami dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat language translator volunteer daripada Mino City Hospital untuk temujanji hospital yang akan datang. Mak bermulalah episod "hunting for translator volunteer" 

(PS : during clinic appointment, the doctors and some nurses can speak in english a little bit and  as an advantage as medical worker, most of medical term can't be translated directly to other language and i can understand what the doctors nad nurses are trying to say by saying the medical terms of reporting the progress of the baby. Meanwhile, in hospital the request of the  translator was from the doctors and the need of the translator to discuss regarding the upcoming birthplan)

Menghubungi Mino City Hospital, Mino Medical Support Group tidak pasti dapat memberikan bantuan translator volunteer selain dari di Mino Hospital, dan memberikan kami pilihan sama ada bersalin di Mino Hospital atau  mencari alternatif  translator volunteer yang lain. Melalui bantuan Ikeda City Hall, mama menghubungi  Multi Cultural Centre bagi mendapatkan bantuan. Urusan agak sukar dilakukan melalui panggilan telefon, maka  abah telah datang di pusat tersebut dan Alhamdulillah, telah berjaya untuk 

Sebaik sahaja kandungan ibu berusia 8bulan, maka berakhirlah episod temujanji hari Sabtu di klinik, maka bermulalah temujanji hari bekerja di  Hospital. Good luck untuk mama dan abah! Sambungan birthplan dan sebagainya selepas baby menjenguk dunia, Ok!

Maaf mama, saya malu


Doakan yang terbaik buat kami.

Warisan abang dan kakak yang diangkut dari Malaysia

Hasil tangkapan sempena menyambut winter baby



Monday 11 April 2016

Nihon prep

Urusan ke Nihon bermula seawal tiga bulan. Maklum sahajalah, mama seorang penjawat awam.


Urusan Dokumen

Cuti tanpa gaji mengikut pasangan
Untuk permohonan mengikut pasangan, haruslah mengambil cuti tanpa gaji mengikut pasangan berdasarkan pekeliling 2009. Jangan samakan dengan cuti tanpa gaji atas sebab peribadi atau menyusu/menjaga anak ya, kerana  tempoh maksima untuk setiap tujuan berbeza-beza.

Untuk cuti tanpa gaji ikut pasangan, tempoh maksimum 3 tahun dan dipohon 3bulan sebelum tarikh cuti bermula.


Pasport
Untuk urusan pembaharuan dan pengeluaran pasport, kami mengalami insiden "TIPAH TERTIPU"

Dek kerana taksubkan pakcik GOOGLE, kami membuta tuli ke Putrajaya untuk urusan pasport di hari minggu. Rupa-rupanya dah lama juga kaunter immigresen  di putrajaya tidak beroperasi di hari minggu.

Kami bergegas ke UTC  sentul. Di sana, urusan menjadi perlahan kerana rupa IC mama yang buruk akibat dikupas muaz.
Pegawai di kaunter pertama telah menolak IC mama dan meminta pembaharuan IC dilakukan.padahal masa itu, IC baru sudah dipohon di muar, cuma belum siap sahaja.

***Masa inilah baru tahu kepentingan IC sementara. Sekiranya IC anda semua terlalu buruk atau rosak, pastikan anda memohon IC sementara, mana tahu kan perlu berurusan di immigresen yang TEGAS  macam mama ni, sila minta ic sementara dari pejabat pendaftaran kerana sesetengah pejabat pendaftaran tidak akan mengeluarkan IC  sementara jika tidak diminta**

Kami agak terdesak untuk siapkan pasport pada minggu itu juga.tapi immigresen tidak mahu terima IC mama yang buruk dan pejabat pendaftaran di UTC sentul tidak dapat keluarkan  IC sementara kerana IC sudah siap dicetak, cuma belum keluar kilang katanya.
Nasib baik abah 'brilliant' .letak IC mama dalam sampul plastik IC (dan nasib baiklah  bukan pegawai yang sama di kaunter pertama-kaunter pemeriksaan dokumen)

Alhamdulillah, lepas satu kaunter.
Cabaran seterusnya, nak pastikan anak-anak memberi kerjasama yang baik sewaktu bergambar. Aduh, tengok sahajalah gambar muka nak nangis tu! Nasib baik gambar pasport latar putih untuk C.O.E. tu comel!





C.O.E.
Untuk urusan menjadi nihon resident, untunglah HR tempat kerja suami uruskan. Cuma permohonan anak isteri ke immigresen japan boleh dipohon setelah suami tiba di nihon.

(Abah pergi dahulu, mama dan aulad tinggal dulu..)
Pengalaman kami, urusan mendapatkan C.O.E. - Certificate of Eligibility mengambil masa 2bulan lebih..
Pentingkah apply COE ni? COE ini akan digunakan  semasa di Immigresen di Kansai Airport.
Ada kaunter berbeza untuk visitors dan juga PR. Dokumen COE  yang telah diluluskan oleh immigresen jepun  akan melayakkan kita memperoleh kad PR Jepun.

Pergi dulu baru apply? Maaf.tak tahu boleh atau tidak. Jaga-jaga, belum pun melangkah keluar dari Kansai Airport, akan ada mata-mata (polis berpakaian biasa) yang akan menyoal siasat sampai lebam!

Lambat Sebulan!

Alhamdulillah..


nihonanamnesis ♢ kembara kami sekeluarga di bumi nihon ♢ was launched.

Travelog anak JOHORSELANGOR (0110) dari Hulu Selangor ke Momozono.

Semoga menjadi catatan manis buat  abah.mama dan aulad yang masih kecil.

Moga momen kami menjadi panduan bersama..


Caption : pemandangan dari luar jendela syurga kami di momozono.